Hilang lagi!~.~
A.S.S.A.L.A.M.U.'A.L.A.I.K.U.M
Yoww..yoww..sudah lama tak bermain sama itu yoyo.Hikhik..
Jari-jemari aku dah tak sabar nak menari,LET'S DANCE
Mari menari gerakkan jari,ikut rentak kekunci..Aha~aha~

Pada suatu hari..............
Di aspuri,selepas makan tengah hari,Blurpp..alhamdulillah;
Tak sempat tapak kasut aku nak memijak anak tangga yang pertama,tiba-tiba salah seorang adik dorm aku menahan pergerakan aku secara mengejut..Opocot,upps Ya,Allah!
Aku:Kenapa ni?
Fa'an:Kak Nasy..Kak Wadh dah tak ada.
Aku:Tak ada?What do you mean?Dia ke belum balik agaknya.
Fa'an:Bukan..dia dah pindah.Barang-barang dia semuanya dah tak ada.Bawah katil dengan lokar dia kosong.
Aku:Pindah?!Biar betul,dia tak beritahu kita pun.
Ya,aku sangat terkejut dengan berita ni.Bagaikan ada sebuah batu yang sangat besar menghempap kepala.Aku terus meluru ke dorm dengan melangkah beberapa anak tangga.Fuhh~Masuk sahaja ke dalam dorm,mata aku terus menoleh ke katil Wadh.Betullah dia dah pergi.Ya Allah,perasaan aku masa itu bagaikan seorang kakak yang kehilangan adik.Yang mana adiknya melarikan diri dari rumah.
Mata aku berlinangan air mata..dan akhirnya aku kalah.Kalah dengan perasaan aku sendiri.Aku tak tahu kenapa aku tak dapat mengawal diri aku daripada menangisi pemergiannya(Ayat terlebih bajet pula).Padahal,dia hanyalah seorang adik dorm yang baru sahaja masuk tak sampai 2 bulan pun.Mungkin sikapnya yang sempoi dan mudah diajak berbicara membuatkan aku selesa untuk merapatinya.Tambahan pula,katil dia berhampiran dengan katil aku.
Malam sebelum dia berpindah,kebetulan giliran dia mengetuai bacaan al-mulk dan memberi tazkirah.Tazkirah yang simple tapi memberi manfaat kepada semua.Tips untuk bangun malam(qiamullail):
1.Kurangkan makan
2.Tidur sebentar pada waktu siang(qailullah)
3.Doa agar mudah qiamullail
Aku agak terkilan sebab Wadh tak beritahu tentang perpindahannya pada malam itu.Pada keesokkan paginya,Wadh mengejutkan aku untuk bangun pagi.Aneh!Tak pernah-pernah dia kejutkan aku.Mungkin disebabkan malam tadi aku mengingatkan adik-adik dorm yang bangun awal agar mengejutkan aku.
Aku tak perasan sebarang tanda-tanda Wadh akan berpindah sebab dia berkelakuan seperti biasa.Aku tak nampak pula dia 'packing' barang..Hurmm,pandai dia sorokkan benda ni daripada aku.Sampai sekarang aku memikirkan sebab dia merahsiakannya daripada kami.Kawan-kawan dia pon tak diberitahu soal itu.
Sebenarnya,pernah satu ketika aku mendapat tahu yang Wadh berkeinginan untuk berpindah.Aku tanya pada dia,"Kenapa?"Dia cuma jawab,"Tak sure lagi".Oh..aku pun biarkan perbualan tu tergantung sebab aku fikir biasalah tu,budak baru cakap nak pindah,belum biasa la katakan..Macam aku jugak,peace~
Tapi,aku tak sangka dia buat keputusan yang begitu drastik.Alasannya,dia takut tidak dapat 'bawa' pelajaran SMA.Fine~Dia tak bagi aku peluang untuk pujuk dia langsung.Tiba-tiba terlintas di fikiran aku sejenak.."salah aku ke sebab tak pernah nak tanya dia,ambil tahu pasal perasaan dia?Adakah aku seorang ketua dorm yang useless?"Huhu :'(
Baru aku terfikir yang aku pernah mengalami kehilangan yang lebih besar dalam hidup aku.Kehilangan seseorang yang amat bermakna dalam hidup aku kalau hendak dibandingkan dengan kehilangan kali ini..MY DAD.
Ya Allah,ampuni khilafku.Ampuni aku andai aku tidak redha dengan ketentuanMU.Amin~
Bak kata arwah abah,"Ada hikmahnya".<<Miss him a lot <<3
Teruskan kehidupan.Think positive.Smile.
NYRA [p.n.w =,=v]
Older Post | Newer Post